Sudah lewat malam dan aku belum terfikir nak melabuhkan kelopak mata aku. Maka, aku mencapai laptop aku sambil menulis coretan kecil ini. Malam yang sejuk membeku buat aku rasa lapar pun ada. Ahh mainan semua tu. Hahahaha
Aku & Kopiah
Dakwah.
Semua orang boleh jadi pendakwah, sesiapa sahaja yang memegang kata "La ilahaillallah", maka dia seorang pendakwah. Pendakwah? Amar makruf nahi mungkar sudah menjadi tanggungjawab. Aku pendakwah, kau pendakwah dan semua umat Islam atas muka bumi ini boleh digelar sebagai pendakwah.
Namun sejauh mana kita mengaplikasikan diri sebagai pendakwah? Kadang aku terfikir, apa yang membuatkan aku wajib berdakwah? Sedangkan ramai lagi ustaz ustazah boleh bagi ilmu agama yang hebat untuk sedarkan manusia. Aku mengaku, nak jadi pendakwah yang ikhlas sumpah susah! Baru dakwah alam maya beb. Aku respect kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW yang sanggup jalankan dakwah dari sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar mata dunia.
Apa yang aku boleh bagi untuk dakwah? Apa sajalah perkara baik yang boleh aku berikan untuk mad'u (orang yang didakwah) pada zaman ini? Aku pun kotor beb.
Malu, malu bila orang pandang kita mulia sebab rajin berdakwah
Tapi aib aku jauh sekali dengan apa yang aku sampaikan
Kalau kau nak jumpa daei yang ikhlas, aku ada riaknya
Kalau kau nak tengok daei yang takda syahwat, bukan aku orangnya
Kalau kau nak lihat daei yang boleh jaga percakapan dia mengingati Allah,
aku rasa itu bukan aku
Aku malu, sumpah malu
Bukan malu untuk berdakwah, tapi aku malu apabila Allah pandang murka pada aku dekat bumi ni
Bukankah di akhirat nanti akan adanya orang alim yang dicampakkan ke dalam neraka,
bila ditanya mengapa, maka jawapannya adalah mereka orang yang sering mengatakan kebaikan kepada orang lain, tetapi dalam masa yang sama dia melakukan maksiat kepada Allah SWT.
Aku taknak jadi munafik, aku taknak jadi hipokrit.
Demi Allah, aku kena belajar ikhlas
Aku dakwah demi diri aku sendiri, aku nak berubah
Aku taknak dakwah sebab nama, biarlah aku miskin dunia
Tapi kaya di akhirat
Biarlah aku sekadar picisan di bumi
Namun aku nak jadi terkenal pada penduduk langit
Semoga aku istiqamah, dalam masa yang sama aku kena baiki diri aku
Qudwah qabla dakwah right? (Contoh sebelum ajakan)
So, let action speaks louder than words
Aku cuba untuk tidak ambil pedulikan tentang expectation manusia yang judging 24/7 untuk memuaskan hati mereka. Sebab aku juga manusia, berdarah apabila terjatuh.
Aku cuma perlu penuhkan tuntutan aku dengan Allah azzawajalla
Sungguh, di dunia perlu aku sukakan Tuhan, insha Allah di akhirat nanti Tuhan pula akan sukakan aku. Doakan!
Same goes to you yang tengah baca sekarang ni. Hehe.
Semoga istiqamah sebagai hamba Allah, umat Muhammad SAW, anak yang soleh solehah & syabab yang matang dalam agama.
Kejayaan dakwah aku bukan ditentukan oleh manusia, tetapi Dia
Rabbku
Bukan manusia,
"Sebab, kau sama sekali bukan Tuhan aku." -Mato
No comments:
Post a Comment