Wednesday, 16 December 2015

Puisi Untuk Wanita

Wahai wanita,
Pernahkah kau berfikir sejenak,
Apakah benar cara pemakaian mu itu?
Wahai wanita,
Pernahkah kau berfikir sejenak,
Apakah pandangan ajnabi terhadap pakaian menjolok mata mu itu?

Wanita,
Kau tataplah wajah ayahmu,
Kau renunglah mata ayahmu,
Adakah kau mahu melihat ayahmu dicampak ke neraka kerana dosa mu itu?
Wanita,
Kau seorang insan yang sangat berharga,
Kau seorang insan yang sangat mulia,
Janganlah kau memurahkan diri kau hanya kerana ingin dilihat oleh dunia,
Sesungguhnya wanita yang mulia ialah wanita yang tinggi rasa malunya

No comments:

Post a Comment